3 Panduan Penting Sebelum Menjadi Founder, Jika Anda abaikan Anda Menempah Gagal.

1. Cari kilang OEM

Sebelum kita cari kilang OEM perlu tahu dahulu apakah itu OEM. OEM adalah sebuah kilang yang memberi bahan dan formulasi yang dipilih sendiri daripada founder maknanya segala bahan dan formulasi boleh di “custom” atau memilih bahan yang di inginkan.

Berbeza pula dengan ODM, kilang ODM adalah kilang yang sudah menyediakan formulasi yang boleh digunakan mana mana founder, jadi kos lebih rendah tetapi kontranya adalah kita sudah mencipta pesaing dari bisnes kita sendiri.

2. Kenali dahulu masalah yang ingin diselesaikan

Ramai founder yang baru bermula kadang mereka terlalu “excited” sehinggakan buat produk ikut anak tekak mereka sahaja. Sedangkan mengenali masalah ada perkara yang paling penting sebelum berbuat produk.

Kedua adalah founder yang baru mesti fikir “jika produk aku dapat selesaikan semua masalah mesti ramai orang beli”. Jawapannya adalah tidak, jika kita lihat lagenda-lagenda dalam pengiklanan perkara sebegitu adalah dilarang sama sekali malah orang mungkin tidak akan membeli pun produk kita.

3. Kenali target market anda

Mensasarkan jualan kepada semua orang adalah juga salah, samalah seperti jangan fokus kepada semua masalah.

Jika kita menjual kepada semua orang sudah pasti tidak akan semuanya membeli. Antara salah satu sebab kos iklan jadi lebih besar.

Bukan sahaja kita perlu tahu berapa umur bakal pelanggan kita malah perlu tahu latar belakang pelanggan kita, salah satu cara adalah dengan “Qualitative analysis” adalah dengan menanyakan beberapa soalan kepada pelanggan kita agar pada masa akan datang kita lebih mudah buat urusan marketing dan closing sales.
Akhir sekali berhati-hati sebelum membuat sesuatu produk. Lihat satu per satu faktor yang perlu diambil. Jika anda ingin membuat produk jenama sendiri anda boleh hubungi Hexalab. Hexalab sudah ramai bantu founder baru dan lama dalam menjayakan produk mereka.