AWAS! Ketahui 10 Cabaran "Founder" Produk jenama Sendiri Yang Baru.

1) Berniaga seorang diri

Di peringkat awal bisnes produk jenama sendiri, kebiasaannya kita tidak mempunyai modal yang banyak. Jadi semua kerja-kerja perniagaan seperti pemasaran, operasi dan penjualan terpaksa dilakukan seorang diri. Kadang-kadang kita merasakan orang lain tak memahami keadaan kita apabila kita berada di keadaan yang tertekan dengan cabaran yang kita hadapi dan ini membuatkan kita sunyi.

CARA MENGATASINYA.

• Bergaul dengan komuniti bisnes lain untuk berkongsi pandangan dan pengalaman. 

• Mencari coach atau mentor sebagai tempat rujukan apabila kita melalui berbagai cabaran.

• Tetapkan sasaran jualan untuk mengembangkan bisnes dengan membina tim pekerja. 

2) Cabaran Persaingan

Persaingan adalah bagus untuk perniagaan dimana ia boleh membuatkan kita membuat penawaran lebih baik dari pesaing lain jika kita membuat persediaan secara awal. 

CARA MENGATASI 

• Buat analisis SWOT jenama produk kita dengan pesaing supaya kita dapat kejelasan dengan apa cabaran yang kita bakal hadapi.

• Kaji kekurangan dan kelemahan pesaing. Ini adalah ruang lopong atau pun peluang untuk kita jadi kan sebagai kekuatan untuk jenama kita.

• Cari atau bina kunikkan jenama produk kita.

 

3) Cabaran Kewangan

Antara cabaran kewangan yang dihadapi seperti masalah modal, aliran tunai, bajet,

pengurusan akaun, dan kos operasi syarikat serta kos tambahan dan lain-lain. 

 CARA MENGATASI 

• Lengkapkan diri dengan pengetahuan pengurusan kewangan yang mencukupi juga
perlu mengawal dan merancang kewangan peribadi.

 • Transaksi kewangan perlu direkodkan dengan betul semasa laporan akaun syarikat
sepadan. 

• Menyediakan dana atau dana kecemasan perniagaan sekiranya berlaku keadaan
mendesak.

4) Cabaran Pemasaran

Pada globalisasi terkini, terdapat ramai penjual yang menggunakan media sosial secara meluas dari segi teknik dan cara penyampaian yang berbeza. 

CARA MENGATASI 

• Merancang untuk menarik pelanggan di saluran yang tepat dan cara membina minat pelanggan bagi menukar kepada jualan. 

• Pastikan pelanggan menerima perkhidmatan terbaik dan keperluan mereka diutamakan terutama perlu letakkan diri kita sebagai pelanggan dengan mengetahui kehendak pelanggan. 

• Menyediakan promosi yang menarik dan mengikut kemampuan kumpulan perniagaan utama serta sentiasa mengemaskini tentang perniagaan di media sosial.

5) Cabaran Emosi

Cabaran ini merupakan bersifat peribadi dan melibatkan diri sendiri. Walaupun didorong oleh sikap profesionalisme dan semangat keusahawanan tinggi, namun kita sebagai manusia biasa pasti kadang teremosi dengan perasaan. Cabaran perniagaan seperti rugi teruk, tiada pelanggan, untung sedikit dan sebagainya boleh membuatkan semangat kita pudar kemudian hilang semangat dan tiada motivasi untuk meneruskan perniagaan. 

CARA MENGATASI 

• Kosongkan minda buat seketika dan kaji semula niat, tujuan dan matlamat ingin tubuhkan perniagaan ini.

 • Rapatkan diri dengan insan-insan yang positif dan berpengalaman dan mengambil inspirasi daripada kisah dan ‘aura’ positif mereka.

 • Hadiri kelas atau seminar perniagaan kerana kebanyakan kelas ini mempunyai eleman dan unsur motivasi yang boleh membantu.

6) Cabaran Permulaan Perniagaan

Apabila perniagaan telah dijalankan, akan ada satu masa kita rasa sukar untuk mengembangkan
perniagaan tersebut kepada suatu tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya. Sudah pasti
perniagaan yang dijalankan hanya bersifat statik dan tidak berubah selepas 10 atau 20 tahun
ditubuhkan. 

CARA MENGATASI 

• Membina pasukan yang boleh bergerak dengan visi perniagaan. 

• Melakukan kajian dan melaburkan keuntungan kepada perniagaan yang sedia ada. 

• Pelbagaikan portfolio perniagaan dimana tidak perlu menumpu hanya pada satu cabang
perniagaan sahaja.

7) Cabaran Kepimpinan

Sebagai seorang pemimpin, Kita akan melihat cara kita memimpin. Menyediakan visi dan misi yang jelas dalam syarikat yang boleh nyatakan dengan mudah. 

CARA MENGATASI 

• Menyediakan set matlamat dalam perniagaan dan memotivasi diri untuk membuat yang terbaik dengan fokus untuk membuat keputusan.

 • Membantu mewujudkan budaya syarikat yang memotivasikan pekerja dan meluangkan masa dalam memupuk persekitaran pasukan yang tulen untuk idea tentang cara untuk memotivasikan pasukan. 

• Belajar menjadi orang yang lebih besar dan memberikan kepercayaan kepada pekerja dimana percaya yang mereka akan memberikan yang terbaik

8) Cabaran Membina Pasukan.

Apabila syarikat telah ditubuhkan terutama yang masih baru, Terdapat cabaran untuk membina pasukan bagi mereka selesakan diri dalam setiap pengurusan atau tugasan yang telah ditetapkan. 

CARA MENGATASI 

• Memerlukan pasukan yang berupaya menguruskan syarikat permulaan itu bersama-sama. 

• Mereka perlu yakin dalam menggalas tanggungjawab pada masa yang sama dan berkebolehan bekerja tanpa bimbingan. 

• Menggunakan rangkaian dengan melayani mereka dengan mesra serta mengenalpasti kelebihan masing-masing

9) Cabaran pengurusan Masa

Apabila menjadi founder, sudah pasti masanya sangat terhad dengan menguruskan aktiviti syarikat, menyelesaikan masalah yang berlaku serta melayani pelbagai client. Oleh sebab itu, masa sangat penting dalam menjalani sesebuah syarikat. 

CARA MENGATASI 

• Memastikan banyak masa berputar dengan cuba bergerak ke hadapan agar menjadi satu cabaran dalam perniagaan. 

• Bijak dan berkebolehan untuk menguruskan masa dengan berkesan. 

• Mengadakan jadual planning dari awal bagi dapat menepati masa untuk menguruskan syarikat

10) Cabaran Kembangkan bisnes

Untuk pastikan jenama produk kita kekal kukuh dipasaran, kita perlu visi yang jelas supaya tindakan kita selari dengan apa yang kita ingin capaikan dengan impian kita.

Jika impian kita terlalu kecil, gerak kerja seperti perancangan kita pula mungkin jadi terhad dan tidak berkembang.

Bila jenama produk kita tidak berkembang dan berinovasi, pesaing kita pula senang menawan pasaran kita.

CARA MENGATASI 

• Berimpian besar dan visi yang jelas dalam bisnes dapat menentukan arah tuju bisnes kita.

 • Tambah ilmu dan kemahiran baru. Ambil inspirasi daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *